Lambang Sabah yang kurang dikenali

Thursday 8 May 2014


Berapa ramai rakyat negara Sabah tahu tentang ini? 

Lambang negara Sabah ialah burung Raja Udang, dengan sayapnya mengandungi 30 helai bulu yang melambangkan 30 daerah di Sabah, sementara bulu ekornya melambang 5 buah bahagian negeri itu yang dahulunya dipanggil Residensi. 

Bulu sayapnya pula berwarna hitam yang dijadikan lambang keteguhan dan perpaduan. 

Badan burung itu pula mempunyai warna yang sama dengan warna bendera Sabah, iaitu merah, biru dan putih yang membawa lambang yang serupa, iaitu keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran. 

Di kaki burung itu pula terdapat skrol yang berbunyi SABAH MAJU JAYA sebagai cogankatanya. 

Ia melambangkan sifat-sifat kemerdekaan, kerajinan dan ketetapan rakyat Sabah.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Sabah Report.